
Saat jam berputar tanpa henti di kala bumi masih berpusing pada paksinya. Jam menandakan tepat 12 malam. 4 serigala masih memburu masa kosong mereka. Bertempatkan lantai tar. Berdindingkan bangunan lama dan berbumbung langit kehitaman. Mereka bergembira memburu masa sebulan yang diberikan untuk bersua. Mungkin selepas ini mereka terpaksa berpisah di tempat masing-masing. Ada yang berada di tengah, ada yang berada di utara, ada yang berada di selatan dan ada yang berada di barat. Tapi semalam, 3 serigala telah melambaikan tangan kepada seekor serigala yang berada di selatan. Mungkin hari esok 2 serigala melambai tangan kepada serigala yang berada di barat. Dan mungkin hari lusa seekor serigala melambai tangan kepada serigala yang berada di utara. Dan begitulah seterusnya.
Tinggallah hanya seekor serigala memburu masa keseorangan di tempat berlabuh minda sempitnya. Mungkin ia juga perlu berangkat jika masa sudah tamat. Bergembira sesama. Berseronok bersama. Mengadap langit yang sama. Berlantaikan tanah yang sama. Saat yang tak akan dapat dilupakan untuk selamanya. Saat terus berjalan. Hanya dapat berharap saat itu dapat berhenti dikala itu. Biarlah ia tetap berada di situ.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan