Rabu, 31 Disember 2008

Berlari Dari .....?

Hari ini engkau berlari,
Hari esok engkau masih berlari,
Hari lusa engkau tetap berlari,
Mungkin hari-hari engkau berlari...
Mengangkat kaki engkau berlari,
Menghayun kaki engkau perlu berlari,
Melangkah kaki engkau terpaksa berlari,
Munkin tiap kali engkau terus berlari...
Mengapa engkau berlari?
Kenapa engkau masih berlari?
Bodohnya engkau kerana berlari,
Bangangnya engkau kerana masih berlari,
Bendolnya engkau kerana tetap berlari...
Mengapa engkau masih berlari?
Kenapa engkau perlu berlari?
Lebih baik engkau mati,
Lebih seronok engkau mati,
Lebih cepat engkau mati,
Kalau biarkan diri dihantui...

Isnin, 29 Disember 2008

Saat Yang Mahu Dihentikan


Saat jam berputar tanpa henti di kala bumi masih berpusing pada paksinya. Jam menandakan tepat 12 malam. 4 serigala masih memburu masa kosong mereka. Bertempatkan lantai tar. Berdindingkan bangunan lama dan berbumbung langit kehitaman. Mereka bergembira memburu masa sebulan yang diberikan untuk bersua. Mungkin selepas ini mereka terpaksa berpisah di tempat masing-masing. Ada yang berada di tengah, ada yang berada di utara, ada yang berada di selatan dan ada yang berada di barat. Tapi semalam, 3 serigala telah melambaikan tangan kepada seekor serigala yang berada di selatan. Mungkin hari esok 2 serigala melambai tangan kepada serigala yang berada di barat. Dan mungkin hari lusa seekor serigala melambai tangan kepada serigala yang berada di utara. Dan begitulah seterusnya.


Tinggallah hanya seekor serigala memburu masa keseorangan di tempat berlabuh minda sempitnya. Mungkin ia juga perlu berangkat jika masa sudah tamat. Bergembira sesama. Berseronok bersama. Mengadap langit yang sama. Berlantaikan tanah yang sama. Saat yang tak akan dapat dilupakan untuk selamanya. Saat terus berjalan. Hanya dapat berharap saat itu dapat berhenti dikala itu. Biarlah ia tetap berada di situ.

Sabtu, 27 Disember 2008

Melompat Yang Tetap Rebah

Aku dah mula rasa takut kerana keputusan perangku dah mula dekat untuk diumumkan. Entahlah.... Takut kerana tak lulus atau malu kerana tak lulus. Kekadang rasa bagai hati yang buta ini dah jatuh melulut ke tapak kaki sudah. Rasa macam nak melepaskan saja batuk yang memeritkan tengkok aku ini. Ingin saja aku memekik dan menjerit ke pantai biru yang luas tanpa sempit. Hendakku lari tapi kaki ku masih kejang. Hendahku merangkak tapi lututku masih luka. Hendakku melompat tapi tumitku masih terasa sakitnya dalam sudah. Entahlah..... Aku tak tahu apa yang perlu aku lakukan. Mahu saja ku hentuk kepala aku ke dinding, biar pecah isi perutku. Aku dah cuba melompat tapi masih jatuh terjunam di lembah berdosa. Aku dah cuba untuk berlari tapi masih tersungkur menjilat lantai basah. Perlukah aku melangkah perlahan membiarkan orang lain meninggalkan aku di belakang? Aku pun tak tahu. Dah gilakah aku ini? Dah berongkah aku ini? Atau dah bengongkah aku ini? Rasanya tidak kot kerana aku masih mengenal erti salah dan benar, betul atau salah. Hendak dikatakan aku betul tapi aku salah. Hendak kata aku salah tapi aku betul pulak dah. Kiri ka kanan? Depan ka belakang? Biarlah..... Janji aku masih boleh menyusur bagai ular kalau jalan pun tersungkur, melompat pun terjunam dan berlari pun rebah. Janji aku bahagia menjadi diri aku yang gila ini. Hahahaha......

Jumaat, 26 Disember 2008

Sang Gila Manjaan Keluarga

Kala sunyi melihatkan dirinya aku rebah. Kala malu munculkan zuriatnya aku hampa. Entah apa yang belum pasti dalam hidup aku kini. Aku masih binggung dengan leretan kehidupanku. Rebah dan hampa kian berlabuh dilautan yang berpaksi sambil bulatan masih berputar tanpa henti. Mungkin ini diri aku? Mungkin ini istilah aku? Mungkin ini sajian aku? Maksud berbeza tetap berbeza. Perlukah aku menerjah awan biru untuk aku menjulang impian palsu? Berdiri ke atas atau membongkok ke bawah, bagi aku sama tetap sama. Itulah hikayat seorang gundawan hati yang mati membisu tanpa kata. Buta aku kerana ego, bisu aku kerana bodoh, kejang aku kerana sombong. Sifat lemah yang menghurung jiwa bertambah gila dan gelap gelita membawa aku terjunam ke dalam lembah berbisa. Duri terpacak di dasar hanya menunggu menjalar menusuk dia yang tamak haloba. Bunuh saja hati itu. Atau bunuh saja paru itu. Atau mungkin bunuh saja jantung itu. Tapi akal tetap ketawa. Walaupun mulut menangis hiba. Walaupun mata menghidu dosa. Walaupun hidung melihat angkara si jahanam mengumpul celaka tapi akal masih ketawa. Sumbatkan saja bagi penuh. Biar meletup jiwa sang gila. Tamakkan harta, perut juga yang perlu menanggung bebannya. Bengang,bengang,bengang atau bengong. Bengong saja istilah yang sesuai berlayar bersama. Ludah ke langit, biar basah dimuka. Aku? Aku hanya dapat tersengeh jenaka.