Jumaat, 28 November 2008

rindu buat aku celik

Kring......Kring......Kring....... (bunyian telefon bimbitku berdering). Dengan mata yang kuyup dan minda yang masih gagap untuk melihat dunia, aku mencapai mesin bunyian itu. "Assalamualaikum..." kedengaran satu suara dari mesin itu. "Ini abah ni. Angah camna? Sihat?" Pertanyaan yang takkan lari dengan satu pertanyaan permulaan walaupun aku belum sempat untuk menjawab salam itu. Dengan minda yang lemah, menjawab salam dan pertanyaan ayahandaku dengan perlahan. Belum sempat aku bertanya khabar tentang ayahandaku, "mak nak cakap dengan Angah ni." Seperti biasa. Memang begitulah ayahandaku itu. Bondaku pula bertanya soalan yang sama iaitu tentang kesihatan aku. Mungkin mereka risau tentang aku disebabkan tiada khabar dari aku beberapa minggu ini. "Tok duk meleter sebab Angah tak kol dia pun." Alamak, aku terlupa dengan seorang wanita yang sangat aku sayang. Bodohnya aku ni. Boleh aku lupa untuk aku bertanya khabar dengan nenek kesayanganku itu. "Angah takdak kredit la mak. Nantilah Angah kol tok bila Angah topup. Nanti mak bagitau tok na.'' Jawapan untuk menenangkan nenek aku itu. Seorang nenek yang tabah melayan kerenah seorang cucu yang begitu degil. (Akulah tu....) Dialah tempat aku mengadu selepas umur aku melonjak belasan tahun. Aku tinggal bersama dia dan seorang datuk yang aku panggil dia dengan gelaran tokwan. Dia seorang lelaki yang begitu aku kagumi dengan kepakaran tentang kemahiran amali. Apa yang tak dapat dia baiki tentang mesin? Mungkin hanya mesin teknologi terkini seperti komputer sahaja kot. Kereta? Motor? Barang-barang dapur? Serah ja padanya. Seorang yang begitu kretif dengan minda yang begitu pintar. Aku rindu sangat dengan mereka. Semoga mereka sihat sentiasa seperti mana yang aku mahukan. Amin.......

Tiada ulasan: