Jumaat, 28 November 2008

rindu buat aku celik

Kring......Kring......Kring....... (bunyian telefon bimbitku berdering). Dengan mata yang kuyup dan minda yang masih gagap untuk melihat dunia, aku mencapai mesin bunyian itu. "Assalamualaikum..." kedengaran satu suara dari mesin itu. "Ini abah ni. Angah camna? Sihat?" Pertanyaan yang takkan lari dengan satu pertanyaan permulaan walaupun aku belum sempat untuk menjawab salam itu. Dengan minda yang lemah, menjawab salam dan pertanyaan ayahandaku dengan perlahan. Belum sempat aku bertanya khabar tentang ayahandaku, "mak nak cakap dengan Angah ni." Seperti biasa. Memang begitulah ayahandaku itu. Bondaku pula bertanya soalan yang sama iaitu tentang kesihatan aku. Mungkin mereka risau tentang aku disebabkan tiada khabar dari aku beberapa minggu ini. "Tok duk meleter sebab Angah tak kol dia pun." Alamak, aku terlupa dengan seorang wanita yang sangat aku sayang. Bodohnya aku ni. Boleh aku lupa untuk aku bertanya khabar dengan nenek kesayanganku itu. "Angah takdak kredit la mak. Nantilah Angah kol tok bila Angah topup. Nanti mak bagitau tok na.'' Jawapan untuk menenangkan nenek aku itu. Seorang nenek yang tabah melayan kerenah seorang cucu yang begitu degil. (Akulah tu....) Dialah tempat aku mengadu selepas umur aku melonjak belasan tahun. Aku tinggal bersama dia dan seorang datuk yang aku panggil dia dengan gelaran tokwan. Dia seorang lelaki yang begitu aku kagumi dengan kepakaran tentang kemahiran amali. Apa yang tak dapat dia baiki tentang mesin? Mungkin hanya mesin teknologi terkini seperti komputer sahaja kot. Kereta? Motor? Barang-barang dapur? Serah ja padanya. Seorang yang begitu kretif dengan minda yang begitu pintar. Aku rindu sangat dengan mereka. Semoga mereka sihat sentiasa seperti mana yang aku mahukan. Amin.......

kalau,akan dan bolehkah?


kalau aku kata aku akan melangkah

kalau aku kata aku akan melompat
kalau aku kata aku akan berlari
AKAN AKU TERUS DAN TERUS

Tapi bolehkah kau mengangkat kaki kanan kau?
Tapi bolehkah kau melonjak dengan tenaga kau?
Tapi bolehkah kau menggunakan kuasa kau?
Dan bolehkah kau terus dan terus????


Khamis, 27 November 2008

Kesedihan kini menghampiri

Membaca diari2 yang telah dipaparkan diwajah robot berakal mesin membuat aku tersenyum gembira. Tapi ia juga membuat aku mengenangkan memori lama yang takkan sesekali aku lupakan tuk selama mana hidup aku. Dan ia juga membuat untuk aku mengalirkan keringat menjalar ke pipi ini. Entah kenapa aku begitu sensitif sekali dengan semua itu. Mungkin kerana raya haji tahun ini. Hari raya haji?? Mungkin aku terpaksa beraya di medan perang aku sahaja. Disebabkan perang aku kian dekat, aku terpaksa melupakan kegembiraan menyambut raya itu. Mak, Abah, Along, Adek, Keluargaku, Sahabatku dan Si Dia, maafkan diriku kerana tak dapat beraya bersama tuk tahun ini. Di saat masyarakat meluangkan saat gembira bersama keluarga tersayang, aku pula terpaksa bersedia untuk peperangan akan datang. Aku terpaksa duduk di khemah usang ini untuk menyambut hari raya haji. Mungkin ini kali pertama, aku tak beraya bersama. Ini yang menyebabkan aku begitu sensitif sekali. Entah boleh, entah tidak. Aku hanya mengharapkan doa ikhlas dari kalian untuk memberi semangat untuk aku memegang senjata. Ya Allah... Berikanlah aku kekuatan untuk aku merempuh peperangan ini dengan tenang tanpa gerun. Hanya pada-Mu diri ku bersujud.

Melambai di perantauan


Kekadang kita terlepas pandang dengan kesetiaan. Begitu juga dengan diri ku. Lebih banyak aku merantau, mungkin banyak yang aku abaikan. Kerana ego, aku melutut ke dinding. Kerana ego, aku jatuh dalam lubang kebodohan. Mungkin itu aku, mungkin itu pun bukan aku. Dia, yang memberi semangat untuk aku teruskan perjuangan jihad aku. Menjadi teman untuk menaikkan semangat untuk terus mendaki. Tapi kerana kebodohan, aku mula lalai dengan diri aku yang hina ini. Maafkan diriku jika diriku yang menjadi batu berduri untuk kau teruskan bersenyum. Maaf... Maaf.... dan Maaf....


Kini aku sudah berada di puncak yang begitu tajam untuk diriku. Ini yang akan menunjukkan aku adalah seorang yang berjihad juga setelah dia dan rakan dan sahabat melambai permergian ke perantauan orang. Perlukah aku terus mengapai mimpi yang ngeri untuk aku teruskan perjuangan yang sakit ini? Entah... Masih bolehkah aku terus berdiri tanpa bergoyang? Tapi... Aku berasa akulah orang yang paling bertuah kerana dianugerahkan si dia dan para sahabat yang akan turut melangkah bersama menuju nun singgahsana. Tapi aku takut kerana ego, aku akan tetap kecundang.


Ahad, 23 November 2008

Mendaki ke arah puncak

Mungkin setiap insan inginkan cahaya dalam kehidupannya. Sama juga dengan diri aku. Tapi kerana sifat keremajaan aku yang penuh ego membuat aku kekadang rebah mejulur ke lantai tanah. Tiada sebab atau bersebab. Mungkin itu hanya khayalan dalam mimpi aku yang hadir menghidupkan dosa lampau aku. Kemana pun aku lari, ia tetap mengejari aku yang selalu lemah.

Aku kini berlari merentas angin yang menghembus halus dalam hembusan hati beku kelaparan. Perlukah aku mati sebelum berjuang atau perlukah aku rebah sebelum melangkah? Atau memang tiada pilihan lain untuk aku teruskan berjalan? Arrrrgggggggghhhhh........ Beginikah tamatnya kisah hidup aku seorang perantau yang merantau dalam kehidupan orang lain?

Tapi....... Aku masih mempunyai sahabat yang sentiasa menanti kehadiran aku dan mengalukan kehadiran aku menerpa ke arah mereka. Mungkin itu yang menjadi rangka belakang aku untuk aku melompat menuju ke menara kayangan. Wahai si acap, si pali dan si men, nantikanlah kehadiran aku yang akan muncul di hadapan pancaindera anda. Hahahahahahaha....... (entah apa yang aku coretkan)

Rabu, 19 November 2008

Buta dalam kecerahan

Mati aku kini hidup semula. Aku kian gila disini. Entah...... Aku tak dapat langsung serasi dengan bebudak sini. Sebab negeri yang berlainan atau adat yang berbeza? Mungkin sebab 'a' aku tak bertukar 'e' seperti yang mana mereka mahukan. (Mungkin......) Tapi aku mula hidup semula takkala 3 rakan seperjuangan yang berjihad di sini dapat menerima aku seadanya. Terima kasih wahai kawan. Jennej, Mat dan Are_fique, nama yang takkan lari mengoyak hati yang beku lagi bisu. Mereka ini yang menjadi batu tangga mendaki dalam semak samun makhluk buas dari utara.

Ahad, 2 November 2008

KRING......KRING.....KRING....

Saat kebal yang menjatuhkan aku rebah menjulur ke tanah kini mula berkembang dari daun kekuningan ke daun kehijauan. Aku hampir menjatuhkan darah tanpa warna untuk mengalir ke tanah lapang berbintik. Takkan aku lupa ayat ini "AKU, MEN DAN PALI MASIH ADA DI BELAKANG ANG". Mungkin mereka yang masih buta dengan pendirian erti persahabatan takkan memahami maksud tersebut. Tapi aku.....Entah..... Rasa bagai aku mula berpijak pada bumi yang nyata. Ini bukan lagi mimpi yang ingin aku realisasikan menjadi realiti. Bukan lagi fantasi yang mematikan kaku aku dari beku. Dulu aku beku seperti ketulan ais yang takkan melebur.
Aku pernah menceritakan kehebatan ahli pasukan perang aku. Mereka ini yang telah menggenggam roh aku dari melayang tiada bertali. Melayang dan kian melayang. Walaupun sebutir bom yang bessar sekali pun mungkin takkan dapat menghancurkan pagar persahabatan kami. Perlukah aku bersedih dalam kegembiraan atau aku perlu meraikan kegembiraan aku dalam kesedihan?


Kini jam loceng telah membangun aku dari tidur yang sia-sia.