Jumaat, 17 Oktober 2008

Mengapai bintang di petala langit

Setiap insan mesti mempunyai cita-cita yang ingin di capai. Cita-cita yang lahir selepas perkahwinan antara impian dan keinginan yang lahir dari hati yang masih bernyawa. Begitu juga dengan diri kau ini. Dari dulu lagi, aku cuba untuk mengadaptasikan impianku, biarpun itu sekadar mimpi yang belum pasti menjadi realiti. Kini, aku telah melangkah lagi ke arena pembelajaran dengan percampuran ilmu yang belum pernah di hadapkan dalam mindaku. Setelah daya keupayaan digunakan ke atas otak yang penuh dengan darah-darah kotor, aku cuba untuk menyesuaikan anggota kaku aku ini dengan suasana baru. Aku mulai sedar, betapa ceteknya ilmu aku seperti batu kecil yang di lontar ke dalam lautan yang terbentang luas. Begitu banyaknya ilmu yang dihulurkan oleh Yang Maha Esa kepada hamba-Nya. Aku bersyukur kepada-Nya kerana memberi aku peluang untuk aku kautkan ke dalam kehidupanku. Walaupun dulu, aku pernah mati(putus asa) untuk meneruskan langkahku ke hadapan dan aku pernah terhenti tanpa mengetahui mana arah untuk aku berjalan. Aku ingin terus melompat walaupun daya graviti menjadi penghalang buat diriku yang kecil ini. Aku masih ingat kata-kata penggerakku(pengajarku la!!) yang bermaksud "kita perlukan lebih tenaga dan kuasa untuk terus melangkah jikalau ketinggian semakin bertambah." Itulah menjadi kata-kata perangsang di kala aku terlekat untuk terbang ke awan. Walaupun setiap perkara mesti dimanipulasikan, benda yang dimalarkan perlu diseimbangkan untuk dijadikan keputusan yang lebih bernas. Selepas kejadian yang hampir meragut nyawaku, aku sedar bahawa masih ada misi yang perlu aku selesaikan iaitu sujud pada Yang Maha Esa dan teruskan kehidupan. Aku berharap setiap langkahku menuju pada jalan yang lurus dan aku yakin Tuhan Yang Maha Esa sentiasa bersama hamba-Nya. Tiada ingin diri aku seperti pujangga dahulu yang mencipta sayap daripada lilin untuk ke matahari. Semakin hampirnya ke matahari, semakin lebur lilin itu dan dia jatuh lalu mati. Tapi aku ingin terbang, terbang dan terbang dengan sayap yang kuat tanpa perlu risau dengan keupayaan sayapku. Terbang terus aku terbang. Yeah!!!

Tiada ulasan: