Khamis, 30 Oktober 2008

Kenapa? Perlukah? atau Mungkin la....


Mungkin hari ini takkan sama dengan hari semalam. Ia juga takkan sama walaupun dari segi saat atau jamnya. Mungkin juga dari segi kelihatannya matahari di waktu pagi. Aku mulai termenung buat seketika dalam keadaan pegun keseorangan. "Adakah jiwaku sentiasa kosong dan perlukah aku berlari dalam keadaan duduk?" Entahlah.... Soalan itu yang sering bermain dalam padang permainan mindaku. Tangganku mula bergerak untuk mencoret sesuatu pada kertas tanpa warna.

Mungkin saat 2 tidak akan kembali ke saat 1. Kita cuma dapat mengimbas semula sahaja saat 1 itu. Walaupun ia berputar ke arah 1 tapi ia tetap berbeza. Aku cuba untuk merealisasikan mimpi ke alam realiti. Mungkin aku akan hampa dan mungkin tidak. Entahlah.... Atau mungkin aku masih tidak dapat memahami lagi dengan putaran paksi bumi di kala ini. (Mungkin la....) Aku mula terfikir, kekadang aku rasa suatu kehidupan ini langsung tidak adil. Tapi kenapa aku tak seimbangkannya untuk menjadikannya sesuatu yang adil? "Perlukah aku menunding jari ke arah setiap manusia yang terlibat sedangkan diri aku sendiri pun tidak betul."

Arrrrggggghhhhhhh........ Banyaknya kelemahan perlu aku ketengahkan. Biarlah.... Jika biarkan diri sendiri di hantui lebih baik MATI!!! Tapi itu bukan aku. Aku akan terbang seperti layang-layang. Walaupun masih melayang tapi tetap terbang. Aku akan terbang walaupun tali aku putus meninggalkan aku terbang keseorangan.......

Ahad, 26 Oktober 2008

Khayalan Digenggam Bayangan

Babak 1.
Langkah bisu terus bergerak bersama dibawa otak yang kosong. Menuruni tar-tar yang kaku ke bawah tanpa bergerak. Dari bongkah ke bongkah, dari jarak ke jarak dan lorong ke lorong, aku lalui menerusi jalan yang sempit. Dosa-dosa lampau masih menghantui aku. Jauh mana aku berlari, aku tetap dikejari.
Babak 2.
Pintu gerbang sudah terbuka luas. Aku masuk dengan hati yang leka, tangan yang kejang, dan jiwa yang masih mamai. Memerhati anak-anak burung yang ingin terbang lebih tinggi sudah memenuhi ruang tempatan. Otak yang dipenuhi darah kotor mengenangkan mimpi yang dilalui penuh onak. "Entah apa akan berlaku jika jalan masih buta?"
Babak 3.
Kini, kepak bersayap kukuh memasuki kotak bising. Aku mulai mengeluarkan pisau bermata bola, darah berdakwat hitam dan kertas suci hasilan kayangan. Aku tulis terus tulis tapi entah apa yang aku tulis. Mencoret atau menyonteng? Macam terbang la. Kalau terbang, aku terbang sampai aku melayang. Penghayatan aku mulai dihanyut arus ombak memukul tembok dinding tengkorakku. Berkhayal dan terus berkhayal. Hanya jasad yang hadir tanpa roh yang menjauhkan diri dari realiti bersama mata yang pekak.
Babak 4.
Pedang berdarah tersingkap pada tulang belakang bersama kuda khayalan dari istana idaman. Aku? Aku? Atau diri aku? Akulah satria pemburu bayangan. Hadir dengan jarum jam terhenti. Berlari terus berlari di atas jalan berdaun hijau. Pedang berdarah kini aku keluarkan untuk membunuh musuh misteri di pandangan pancaindera.
Babak 5.
Kring........... Kring.......... Kring............
Arghhhhhhhhhh.......... Mimpi, mimpi dan hanya mimpi. "Adakah aku bermimpi di dalam sebuah mimpi?" Biarlah....... Bagiku, mimpi itu realiti.
Mungkin ada cerita di sebalik cerita.

Jumaat, 17 Oktober 2008

Mengapai bintang di petala langit

Setiap insan mesti mempunyai cita-cita yang ingin di capai. Cita-cita yang lahir selepas perkahwinan antara impian dan keinginan yang lahir dari hati yang masih bernyawa. Begitu juga dengan diri kau ini. Dari dulu lagi, aku cuba untuk mengadaptasikan impianku, biarpun itu sekadar mimpi yang belum pasti menjadi realiti. Kini, aku telah melangkah lagi ke arena pembelajaran dengan percampuran ilmu yang belum pernah di hadapkan dalam mindaku. Setelah daya keupayaan digunakan ke atas otak yang penuh dengan darah-darah kotor, aku cuba untuk menyesuaikan anggota kaku aku ini dengan suasana baru. Aku mulai sedar, betapa ceteknya ilmu aku seperti batu kecil yang di lontar ke dalam lautan yang terbentang luas. Begitu banyaknya ilmu yang dihulurkan oleh Yang Maha Esa kepada hamba-Nya. Aku bersyukur kepada-Nya kerana memberi aku peluang untuk aku kautkan ke dalam kehidupanku. Walaupun dulu, aku pernah mati(putus asa) untuk meneruskan langkahku ke hadapan dan aku pernah terhenti tanpa mengetahui mana arah untuk aku berjalan. Aku ingin terus melompat walaupun daya graviti menjadi penghalang buat diriku yang kecil ini. Aku masih ingat kata-kata penggerakku(pengajarku la!!) yang bermaksud "kita perlukan lebih tenaga dan kuasa untuk terus melangkah jikalau ketinggian semakin bertambah." Itulah menjadi kata-kata perangsang di kala aku terlekat untuk terbang ke awan. Walaupun setiap perkara mesti dimanipulasikan, benda yang dimalarkan perlu diseimbangkan untuk dijadikan keputusan yang lebih bernas. Selepas kejadian yang hampir meragut nyawaku, aku sedar bahawa masih ada misi yang perlu aku selesaikan iaitu sujud pada Yang Maha Esa dan teruskan kehidupan. Aku berharap setiap langkahku menuju pada jalan yang lurus dan aku yakin Tuhan Yang Maha Esa sentiasa bersama hamba-Nya. Tiada ingin diri aku seperti pujangga dahulu yang mencipta sayap daripada lilin untuk ke matahari. Semakin hampirnya ke matahari, semakin lebur lilin itu dan dia jatuh lalu mati. Tapi aku ingin terbang, terbang dan terbang dengan sayap yang kuat tanpa perlu risau dengan keupayaan sayapku. Terbang terus aku terbang. Yeah!!!

Selasa, 14 Oktober 2008

gempa dengan kesakitan


Saat yang dapat aku gegarkan tanpa menghiraukan kesakitan. Inilah para rakan aku. Gegaran demi gegaran yang aku rasai memang panas. Memang tak dapat aku gambarkan kegembiraan aku di masa itu. Terasa bagaikan nak letupkan tempat itu ja. Perasaan yang separa sedar memang senorok!!!

langkah kehidupan




Tiada garisan sempadan antara kami. Biarpun jatuh rebah tapi akan kami terus cuba terbang mencapai pelangi. Inilah para sahabatku yang aku sanjungi. Tanpa mereka, aku tak akan ada kehidupan sempurna. Memang, tiada manusia yang sempurna zaman sekarang. Tapi bagi aku, mereka ini yang membuat aku terus untuk menyempurnakan hidupku. Hadir mereka dalam hidup membuka ruang cahaya yang akan menyinari hidupku. Aku sedar, aku bukan manusia sempurna. Kadang-kadang diri yang hina ini melukakan hati yang tersimpan dalam hati mereka. Maafkan diriku. Tapi aku takkan pernah untuk lupakan mereka walaupun aku di lemparkan ke benua yang lain. Kami akan tetap bersama. Terima kasih wahai sahabat kerana menerima diriku. Menghulurkan tangan membimbing aku. Menggenggam erat tangan ku membawa aku terbang bersama. Terima kasih!!!




Persahabatan melakar hidupku untuk menjadi indah......

waktu membelakangi kami

Hidup kami penuh dengan kasih sayang...
Dengan adanya ibu dan bapa yang sering bersamahidup kami bertambah sempurna...
Pengorbanan mereka memang tidak dapat kami lupakanwalau sejauh mana kami merantau...
Seorang bapa yang sanggup berlapar untuk 3 oranganaknya...
Seorang bapa yang sanggup mengikat perut untuk3 orang anaknya...
Dan seorang ibu yang sanggup berletih untuk3 cahayamatanya...
Dan seorang ibu yang sanggup memikul berjagaUntuk 3 cahayamatanya...
Tapi...kami???
Kami sering melihat tangisan ibu...
Adakah tangisan hiba atau tangisan gembira?
Kalau tangisan hiba, hinalah kami ini sebagai anak...
Kepenatan seorang bapa yang tidak pernah merungutkeletihan...
Tapi pernahkah kami menghargai semua itu?
Kalau tidak pernah, kamilah manusia yang paling
bodoh di dunia ini...
Kini...
Salah seorang anak mereka telah merantau jauh darisisi mereka...
Anak ini merantau dengan bekalan kasih sayang diberi...
Tak akan pernah sesekali untuk dilupai...
Kasih mereka tidak pernah hilang terhadap kami...
Kami cuba untuk melihat senyuman mereka...
Tapi, kekadang kerana keegoan membolosi diri,menyebabkan lupa diri seketika...
Kami cuba untuk melihat ketawa mereka...
Tapi, pernahkah mereka ketawa kerana kami?
Kami sering tertanya...
Derhakakah kami?
Rugikah kami?
Bodohkah kami?
Setiap pengorbanan mereka kini menjadi ispirasiuntuk diri kami...
Manusia yang paling sempurna yang pernah kami lihat,itulah mereka...
Yang di gelar IBU dan BAPA...
Terima kasih tuhan kerana menganugerahkan keluarga yang bahagia kepadaku.

jarum saat terus berjalan


Jam loceng berbunyi menandakan jam 7. Mata yang masih tak di buka tapi masih di paksa untuk teruskan kehidupan. Aku mula mencapai kain tuala yang ada di katil. Pintu yang di buka. Pagi yang indah memang tak dapat aku bayangkan walaupun tiap-tiap hari aku mengadap pagi yang sama. Azam yang kuat membuatkan langkah aku mula melangkah walaupun nafsu menghasut supaya menyambung mimpi yang masih segar di ingatan. Biarpun dengan langkah lemah-longlai setapak demi setapak di gerakkan. Tepat jam 7.45, aku bersama kawan-kawan bergerak untuk meneruskan perjuangan sebagai seorang anak melayu. Harapan keluarga yang masih belum di selesaikan menjadi tonggak utama membuat aku melangkah tanpa menoleh ke belakang. Melangkah ke sebuah kotak bertangga untuk menuntut ilmu yang masih cetek di otak yang penuh dengan ion negatif. Keseimbangan ion positif amat di perlukan untuk menjadi seorang manusia. Walaupun aku sedar yang aku ini mudah jemu dengan benda yang membosankan tapi harapan keluarga dan nasihat dari sahabat-sahabat membuat langkah aku makin ke hadapan. Sebagai seorang penuntut, memang tidak dapat lari dengan tekanan. Tetapi, aku tidak pernah menghiraukannya kerana aku masih ada keluarga dan para sahabat yang dapat membantu di kala susah dan senang. Aku tidak pernah dapat lupakan saat-saat bersama dengan para sahabat. Walaupun aku kini di arena yang lain tapi mereka yang masih segar di ingatan. Begitulah saat-saat dan harian aku sebagai seorang penuntut ilmu. Aku berharap hari esok akan lebih menarik dari hari ini walaupun hari esok adalah misteri dan akan terus menjadi sebuah misteri...

kehidupan manusia

Sering kita ketahui, hidup manusia sering mengabaikan kehidupan sendiri. Biarpun itu hanyalah satu ujian untuk diri sendiri. Manusia sering lupa. Manusia mudah lupa. Manusia kian lupa. Disitulah tercipta perkataan 'manusia bodoh'. Tapi bagiku, tiada istilah 'bodoh' dalam kehidupanku. Cuma bagiku istilah 'lemah' dalam kehidupan harian. Kini selepas diberi peluang kedua, aku mula sedar. Tanpa kehidupan, siapalah aku di dunia ini? Tanpa kasih sayang, siapalah aku di dunia ini? Dari situ aku mula memikiri kehidupan aku walaupun sederhana. Terima kasih wahai sahabat kerana memberi peluang kedua buatku.

Dosa-dosa lampau


Dosa-dosa yang hadir dalam ambaian. Hadirnya memang tak dapat aku leraikan. Kesakitan demi kesakitan yang di genggam tanpa menoleh. Air mata yang mengalir di tangisi dalam kegelapan. Gelap tanpa cahaya. Tanpa arah. Tanpa jalan yang dapat aku jalani dengan terang. Arah jalan tanpa laluan itu membuat aku rebah ke lantai. Hanya mampu mendonggak ke langit tapi tiada boleh terbang mengapai bintang di langit. Entah tiada apa lagi dalam keperitan.