Selasa, 9 Mac 2010

Gapura Yang Retak

Pernah dulu aku cuba terbang ke awan...

Aku rebah menunduk dahi...

Mata terpejam, hati kelu berbahasa...

Hidup layang-layang...

Terbang tanpa tali...

Melayang tiada arah...

Bangun cuma kata...

Berdiri cuma rasa...

Bodoh manusia kerana dunia...

Bercandalah aku dengan dosa...

Jika bunga tulin yang patut aku kautkan...

Maka itulah...

Jika terpaksa aku menungging muka ke lantai...

Maka itulah...

Aku akan buat...

Keluh

Keluh si bulan melihat matahari tiada senyum...

Malam jadi redup, siang jadi kelam...

Aku meraba tiada melihat...

Aku buta tersungkur di lantai neraka...

Pernah juga bersejadahkan nafsu durjana...

Keluh si awan melihat hujan kian meradang...

Sesak nafas retak tiada langit...

Aku menangis keringat darah...

Tiada sudi berhenti buat seketika...

Aku kesal...

Aku kesal...

Pernah lalai memuji dunia...

Jika aku hadir berteraskan dinding hina...

Untuk apa aku hidup atas dunia?

Jika aku berdiri dijilat nafsu celaka...

Untuk apa aku meniarap melepasi siksa dosa???

Khamis, 28 Januari 2010

Jemari mencorak semula potret lama

Dah lama aku tidak menoleh dan merenung kotak berotak ini. Harini aku tergerak untuk mula meringankan jemari aku yang dah lama kaku. Banyak yang nak aku ceritakan. Aku dah masuk ke part 4 dalam pembelajaran. Kekadang aku bosan dengan kehidupan. Kekadang aku tersenyum dengan kehidupan. Prinsip aku mudah terumbang-ambing. Kalu senyum, hati mula menjerit sakit. Bila hati ketawa, mulut mencerkah sedih. Entahlah.. Aku bingung dengan corak kehidupan aku. Aku mula memegang prinsip aku semula. Tapi bila aku cuba, minda pula mengadah. Adakah aku sudah terlambat untuk dongak bertahta? Entah la......