Selasa, 9 Mac 2010

Gapura Yang Retak

Pernah dulu aku cuba terbang ke awan...

Aku rebah menunduk dahi...

Mata terpejam, hati kelu berbahasa...

Hidup layang-layang...

Terbang tanpa tali...

Melayang tiada arah...

Bangun cuma kata...

Berdiri cuma rasa...

Bodoh manusia kerana dunia...

Bercandalah aku dengan dosa...

Jika bunga tulin yang patut aku kautkan...

Maka itulah...

Jika terpaksa aku menungging muka ke lantai...

Maka itulah...

Aku akan buat...

Keluh

Keluh si bulan melihat matahari tiada senyum...

Malam jadi redup, siang jadi kelam...

Aku meraba tiada melihat...

Aku buta tersungkur di lantai neraka...

Pernah juga bersejadahkan nafsu durjana...

Keluh si awan melihat hujan kian meradang...

Sesak nafas retak tiada langit...

Aku menangis keringat darah...

Tiada sudi berhenti buat seketika...

Aku kesal...

Aku kesal...

Pernah lalai memuji dunia...

Jika aku hadir berteraskan dinding hina...

Untuk apa aku hidup atas dunia?

Jika aku berdiri dijilat nafsu celaka...

Untuk apa aku meniarap melepasi siksa dosa???

Khamis, 28 Januari 2010

Jemari mencorak semula potret lama

Dah lama aku tidak menoleh dan merenung kotak berotak ini. Harini aku tergerak untuk mula meringankan jemari aku yang dah lama kaku. Banyak yang nak aku ceritakan. Aku dah masuk ke part 4 dalam pembelajaran. Kekadang aku bosan dengan kehidupan. Kekadang aku tersenyum dengan kehidupan. Prinsip aku mudah terumbang-ambing. Kalu senyum, hati mula menjerit sakit. Bila hati ketawa, mulut mencerkah sedih. Entahlah.. Aku bingung dengan corak kehidupan aku. Aku mula memegang prinsip aku semula. Tapi bila aku cuba, minda pula mengadah. Adakah aku sudah terlambat untuk dongak bertahta? Entah la......

Selasa, 21 April 2009

bertopengkan bala tentera manusia

PERBUATAN SYAITAN KINI MENJULANG KEGAGAHAN..
AKAN DI TERUSKAN ATAS DASAR JALANG..
MEMBIKIN MATI DI BAWAH NAFSU HARAM...

Isnin, 19 Januari 2009

Caritan Kertas Putih

Kaki melangkah menuju ke garisan penamat...
Manakala tangan mengarah berhenti seperti sesat...
Hanya mata yang kaku mencari nikmat...
Biar hati menulis surat...

Surat putih kayangan purba...
Isi berkembang garisan dosa...
Kini terhenti seketika...
Dari melakar kematian manusia...

Rebah badan hanya angka...
Perbuatan si syaitan durjana...
Akan ia ketawa gembira...
Kerana manusia telah masuk jeratnya...

Isnin, 5 Januari 2009

Valentine Berdarah


Aku hadiahkan kau sekuntum bunga ros berduri...
Aku hadiahkan kau secawan darah suci...
Aku masih ingat...
Kau juga begitu...
Saat kau ketawa,
Anak-anak menangis hiba...
Apa yang kau cari?
Apa yang kau mimpi?
Tangisan dari musuhmu?
Atau jeritan sakit dari sahabatmu?
Hahahahahaha...
Kau masih ketawa...
Untuk apa kau berjuang?
Untuk apa kau bergelumang?
Hahahahahaha...
Kau masih ketawa...
Sanggupkah kau menikam rakanmu?
Sanggupkah kau digelar pembelot dari jenismu?
KAU.... KAU.... dan juga KAU...
Janganlah kau bimbang...
Akan ku taburkan bunga beracun dipusaramu...
Akan ku hiaskan dengan tirai kotor dikuburmu...
Bergembiralah kau...
Berseronoklah kau...
Agar valentine berdarah menjadi detik kegembiraan kau...
Agar valentine berdarah menjadi detik kegilaan kau...
Berketawalah kau...
Mendadalah kau...
Biar orang tahu,
kaulah berkuasa,
kaulah raja...
Bertahta dengan kekufuran...
Biar menjulang piala kemunafikan...

Rabu, 31 Disember 2008

Berlari Dari .....?

Hari ini engkau berlari,
Hari esok engkau masih berlari,
Hari lusa engkau tetap berlari,
Mungkin hari-hari engkau berlari...
Mengangkat kaki engkau berlari,
Menghayun kaki engkau perlu berlari,
Melangkah kaki engkau terpaksa berlari,
Munkin tiap kali engkau terus berlari...
Mengapa engkau berlari?
Kenapa engkau masih berlari?
Bodohnya engkau kerana berlari,
Bangangnya engkau kerana masih berlari,
Bendolnya engkau kerana tetap berlari...
Mengapa engkau masih berlari?
Kenapa engkau perlu berlari?
Lebih baik engkau mati,
Lebih seronok engkau mati,
Lebih cepat engkau mati,
Kalau biarkan diri dihantui...